Tag Archive | "Gerai Makan Tepi Jalan"

75% Rakyat Malaysia ‘Tak Kisah Gerai Makan Kotor’


Bancian Awal Dari Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

HMetro – Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai juadah disediakan peniaga di kawasan itu.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, ramai menjamu selera di kawasan itu tanpa memikirkan kesan bakal diperoleh dengan memakan hidangan belum pasti tahap kebersihannya.

Beberapa pengunjung, ditemui rata-rata memberikan reaksi yang mengejutkan.

Pelanggan mahu dikenali sebagai Aziah, berkata makanan di situ memang sedap dan harga ditawarkan juga tidak membebankan.

“Saya tidak berapa mengambil kira, soal kebersihan di sini kerana saya yakin makanan dijual bersih dan setakat ini belum pernah mengalami apa-apa sakit. Lagipun, sudah menjadi perkara biasa gerai makan kotor,” katanya.

Menurutnya, bilangan pelanggan yang ramai membuktikan kedai di kawasan sekitar tidak akan menjejaskan kesihatan mana-mana pihak.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rahim yang bekerja tidak berapa jauh dari situ memberikan reaksi yang hampir serupa.

“Jarak yang dekat dengan tempat kerja memungkinkan saya makan di sini setiap hari. Saya rasa setakat ini tidaklah kotor. Ramai juga yang makan di sini,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted in Buletin, Kesihatan, KonsumerComments (0)

Kurangkan Penjawat Awam

Setujukah Anda Penjawat Awam Dikurangkan?

View Results

Loading ... Loading ...

Bancian Semasa

Anda Berada Di Kelompok Yang Mana Satu?

View Results

Loading ... Loading ...

AES

Perlaksanaan AES

View Results

Loading ... Loading ...

Archive