Tag Archive | "Biasiswa JPA"

Penerima Biasiswa Patut Lanjut Pelajaran Di Universiti Awam Tempatan


KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) — Seorang senator mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula kaedah pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang dengan mewajibkan mereka melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan.

Senator Datuk Jaspal Singh berkata beliau yakin langkah itu mampu meningkatkan kualiti dan prestasi universiti awam tempatan selain membantu menaikkan ranking universit awam negara di peringkat antarabangsa.

“Saya ingin tahu mengapa pelajar-pelajar ini dihantar untuk meneruskan pelajaran mereka di universiti luar negara. Mengapa tidak dihantar saja ke universiti awam di negara kita,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau juga meminta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya menyatakan jumlah penuntut asing yang menuntut di universiti awam negara serta kriteria kemasukan mereka.

– BERNAMA

Posted in Buletin, PendidikanComments (0)

Permohonan Biasiswa JPA Dibuka


Kepada semua pelajar yang telah menerima surat tawaran sambung belajar ke peringkat ijazah, anda boleh memohon biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan awam Malaysia.

Anda cuma perlu link ini. Kemudian anda perlu ke carian Permohonan program tajaan JPA untuk ijazah. Permohonan ini akan dibuka sehingga 7/8/2011.

Syarat-syarat permohonan tajaan adalah seperti :-

Sudah menerima surat tawaran sambung belajar di IPTA dan ( Universiti Teknologi Pertronas, Universiti Tenaga Nasional , dan Multimedia Universiti)

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh emailkan kepada :-

pidn2011@jpa.gov.my

Selamat Memohon kepada anda semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted in Informasi, PendidikanComments (0)

Kurangkan Penjawat Awam

Setujukah Anda Penjawat Awam Dikurangkan?

View Results

Loading ... Loading ...

Bancian Semasa

Anda Berada Di Kelompok Yang Mana Satu?

View Results

Loading ... Loading ...

AES

Perlaksanaan AES

View Results

Loading ... Loading ...

Archive