Categorized | Informasi

Trend Letak Anak Patung Di Bumper Kereta

 Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,

“Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Habis tu kenapa?”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.

Sumber: Forum Malaysia

This post was written by:

- who has written 606 posts on Informasi.


Contact the author

14 Responses to “Trend Letak Anak Patung Di Bumper Kereta”

  1. miss b says:

    dulu saya terpikir gak ape kejadah nye org letak anak patung kt kete tu. hihi

    [Reply]

  2. sarah says:

    letak patung tu hya sekadar hiasan jek… sy slalu g thailand dlu time study kat UUM, xde plak nampak teksi yg letak anak patung tu…merepek je laa… kalau kat mesir, mmg byk kete yg letak patung camni…

    [Reply]

    :) Reply:

    Kt golok n danok mmg xde syg eh…kt bangkok lerr

    [Reply]

  3. hamba kepada yang Maha Kuasa says:

    Merepek la percaya roh orang accident kacau pemandu,lepas tu letak patung comel tu tak kacau..gantung je teddy bear tu saje buat perhiasan kat kete..xde niat selain dari tu pun..x yah percaya la benda karut marut tu sume.. ;)

    [Reply]

    Admin Reply:

    karut ye? :) jap ye… selepas ni saya kembali wahai Encik hamba kepada yang Maha Kuasa

    [Reply]

    Admin Reply:

    HARAM letak patung perhiasan dalam kereta

    Tidak kira di mana sahaja, setiap masa dan tempat kita memohon supaya sentiasa di beri perlindungan dan keberkatan oleh Allah yang Maha Esa, sama ada di rumah, pejabat, kenderan dan sebagainya. Ini kerana apabila sentiasa di bawah keberkatan Allah s.w.t, kita akan sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Bagi mendapatkan keberkatan ini, Islam telah mengajar umat Islam untuk sentiasa melazimi berzikir, berdoa dan membaca al-Quran .

    Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung
    (Riwayat Muslim)

    Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.

    Pada masa kini, kita dapati banyak patung sama ada kecil ataupun besar yang di letak dan di gantung untuk tujuan perhiasan seperti di dalam rumah dan meja pejabat dan sebagainya. Pelbagai istilah dan nama yang diberikan kepada patung-patung ini, seperti bear, hello kitti, dan seumpamanya. Begitu juga tidak ketinggalan, patung-patung ini di gantung di cermin-cermin kereta sebagai perhiasan, yang beranggapan kereta lebih nampak menarik dan anggun. Tetapi sedarkah kita, jika merujuk hadis di atas, malaikat rahmat tidak akan masuk kereta, sebaliknya syaitan yang mengambil tempat malaikat tersebut. Mungkin kerana malaikat tidak masuk kenderaan, seterusnya tiada keberkatan daripada Allah s.w.t maka banyak berlaku kemalangan di jalan raya. Wallahu a’lam.

    [Reply]

    hamba kepada yang Maha Kuasa juga Reply:

    Tuan admin, mmg betul pun hadis tu..tp kan bila amati betul2 hadis tersebut:
    Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang “di dalamnya” ada anjing dan patung[1]..perhatikan perkataan ‘di dalamnya’..sedangkan anak patung atau apa sahaja objek berkaitan artikel di atas diletakkan di luar..

    selain itu, suka saya ingatkan, pada zaman Rasulullah, ajaran Islam masih lagi baru ketika itu yang mana ramai yang menyembah berhala..jadi dikhuatiri objek seperti patung menjadi sembahan seperti amalan orang kafir..adakah di zaman ini,objek seperti patung teddy bear, spongebob,hello kitten dan bagainya jadi sembahan?malah objek yg digantung di luar kereta akan menjadi kotor dan berdebu.. atau mungkin juga mereka anggap daripada simpan di dalam rumah atau kereta dan dikhuatiri malaikat tidak akan masuk, lebih baik digantung di luar kereta kerana masih sayang dan bila sudah rosak teruk barulah dibuang?(bersangka baik sesama umat islam)

    Ingin juga saya selitkan hadis ini,
    Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:

    Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak-anak patung aku di sisi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila rakan-rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.[2]

    Berdasarkan hadis ini juga, Rasulullah (S.A.W) menggalakkan Siti Aisyah R.A bermain dengan anak2 patungnya bersama rakan2..ditekankan perkataan bermain disitu..mungkin pemilik kenderaan tersebut bermain dengan objek yg digantung diluar kenderaannya?(bersangka baik sesama umat islam)

    Lagi satu, janganlah disabitkan kemalangan yang byk berlaku di luar sana kerana tidak mendapat keberkatan Allah..kalau itulah logiknya, Sebastian Vettel tak akan menjadi juara dunia 2 kali dalam F1 kerana kita tahu dia bukan beragama Islam dan perlu memandu kereta dengan amat pantas dan bahaya..apa yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Allah..ingat lagi Rukun iman ke enam?suka saya tolong ingatkan: Percaya kepada Qada dan Qadar.

    berbalik kepada artikel diatas, yang disentuh adalah kepercayaan masyarakat Thailand yang karut itu sahaja..bagaimana dengan masyarakat lain yang tidak pernah tahu tentang kepercayaan tersebut tetapi gantung juga di luar kenderaan sahaja suka2 main dengan objek tersebut?Contohnya di Antartika ke, di Iraq ke malahan di Arab Saudi sekalipun..boleh rosak ke akidah mereka?Wallahu a’lam.

    natijahnya, islam itu indah dan mudah..janganlah kita menjumudkan pemikiran kita..kelak kita diketawakan oleh orang lain..tepuk dada tanyalah iman..

    [1]Hadis daripada Abu Talha al-Ansari, dikeluarkan oleh Muslim dan lain-lain
    [2]Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan al-Thabarani

    [Reply]

    Pemerhati Reply:

    Itulah bezanya bila orang muda suka membantah sedangkan ini terang-terang menyatakan bahawa ini adalah budaya orang thailand. kenapa perlu diikut? pemikiran anak muda zaman skg ni, berfikir mengikut logik saja tetapi tidak mahu mengikut jalan yang sudah di tetapkan oleh Nya.

    Islam itu indah, kita bukan mahu menyusahkan tetapi ikutlah apa yang sudah diturunkan olehNya. :)

    Norhizam Abdul Rashid Reply:

    hamba kepada yang Maha Kuasa; saya terpanggil untuk comment pada post anda: “Malaikat tidak akan masuk rumah yang “di dalamnya” ada anjing dan patung[1]..perhatikan perkataan ‘di dalamnya’..sedangkan anak patung atau apa sahaja objek berkaitan artikel di atas diletakkan di luar..”
    Suka saya ingatkan diri saya sendiri dan kita semua agar jgn kita sewenang-wenangnya mentafsirkan hadis dan ayat2 Al-Quran tanpa merujuk kepada sumber dan mereka yang benar2 faham dan bertauliah dalam tafsiran hadis dan ayat Quran. Kerana ilmu tafsir hadis dan Al-Quran adalah bidang ilmu yang luas dan berbagai cabang pengetahuan adalah diperlukan dalam tafsir Quran dan hadis, bukan sekadar dari hadis atau ayat yang spesifik sahaja.
    “selain itu, suka saya ingatkan, pada zaman Rasulullah, ajaran Islam masih lagi baru ketika itu yang mana ramai yang menyembah berhala..” Astaghfirullahalazim, harap kita jgn membanding2kan soal hukum dengan relevan masa dan waktu. Kerana sudah diketahui bahawa Rasullulah S.A.W adalah rasul terakhir dan Al-Quran sebagai kitab akhir yang lengkap yang diguna pakai oleh kita umat islam hingga akhir zaman. Jgn terjerumus dengan fahaman liberasi islam seperti yg berlaku negara2 seperti turki yang menghalalkn perubahan hukum atas alasan tidak relevan dengan zaman. Wassalam.

    benar ke dok Reply:

    kadang2 tu terfikir juga saya, jika kita hidup di zaman Jahiliah, di mana banyak berhala disembah kerana sudah menjadi kepercayaan turun-temurun dan sudah sebati dalam kehidupan, tiba-tiba muncul seorang pemuda yang membawa ajaran baru (islam) yang menyeru supaya menyembah kepada Tuhan yang satu. Apa agaknya reaksi kita di waktu itu…

  4. Pemerhati says:

    Teringat scene Johan Raja Lawak,

    rumah tangga.. di dalam rumah, bahagia, di luar rumah, tak bahagia..
    solusinya? Buat tangga di luar rumah.

    LOL!

    [Reply]

  5. Orang muda says:

    Assalamualaikum, bukan logik semata2 pak cik..tapi logik berdasarkan Al-Quran dan Sunnah..Al-Quran itu sendiri sarat dengan fakta yang logik tentang alam dan hukum hakam dan telah dibuktikan melalui sains..buktinya, ramai cendekiawan barat dan paderi memeluk Islam setelah mengkaji kebenaran Quran..jangan jadi pak turut semata-mata pak cik..boleh terjerumus ke lembah kesesatan.. :D

    [Reply]

  6. Cetusan Minda says:

    sebenarnya..dimalaysia ini…kita ada majlis fatwa…usullah perkara yg membabitkan pengeliruan akidah kpd mrk..insyaallah..sy percaya majlis fatwa adalah satu badan yg boleh kita percayai tentang hukum sesutu perkara itu..

    [Reply]

  7. Langit says:

    better tinggalkan je la. tok sah nak cute2 sangat. yg penting, perjalanan selamat. pegi dan pulang.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen:

Related Sites