Categorized | Buletin, Konsumer

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

This post was written by:

- who has written 619 posts on Radio Informasi.

Bagi meneruskan misi & visi Jabatan, penyebaran maklumat perlu diperluaskan lagi supaya golongan sasaran menerima maklumat yang tepat dan padat. Anda juga boleh menemui kami di beberapa laman sosial yang porpular seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Contact the author

4 Responses to “Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi”

  1. Anonymous says:

    Untuk perhatian pembaca blog:
    Produk HP Sauce adalah disahkan Halal oleh Halal Audit Company, The Netherlands. Berdasarkan kajian makmal juga, tiada kesan babi terdapat di dalam kandungan produk ini.

    Manakala Tabasco adalah disahkan Halal oleh IFANCA Halal Research Centre, USA, yang diperakui oleh JAKIM, Malaysia. Produk ini tidak mengandungi sebarang kandungan berasal daripada haiwan.

    HP Sauce dan Tabasco Sauce adalah selamat digunakan oleh semua umat Islam.

    [Reply]

    Admin Reply:

    Maklumat telah dibetulkan semula. :) Terima kasih.

    [Reply]

  2. Hi, if you to dominate the search engines in a short time, check out http://magicsubmitters.net/ Watch the video how it can push you to the top of google and sends you unlimited qualified traffic and customers on auto pilot

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] iaitu HP Sauce yang disebut diaatas seperti berikut, tapi yang ni tak pernah beli pun; sumber : Radio informasi 0savesSave If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the [...]


Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

Bancian Semasa

Setujukah anda jika PTPTN dimansuhkan?

View Results

Loading ... Loading ...

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak

Archive